Jalan keluar = Taqwa = Tawakkal = Istighfar.

TAQWA

AT-TALAQ :3-5

 وَ مَنْ يَّتَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لَّهُ مَخْرَجاً وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Dan (ingatlah) sesiapa yang bertakwa kepada Allah dan memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa berserah diri kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. Sesungguhnya Allah melakukan perkara yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah menentukan tiap-tiap sesuatu.

 وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا

Dan (ingatlah) sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.

 وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا

Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah tutupkan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya.

 TAWAKKAL

 AS-SYUA’RA’ 217-220

  وَتَوَكَّلْ عَلَى الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ

 Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

الَّذِي يَرَاكَ حِينَ تَقُومُ

Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang).

 وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ

 Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang yang sujud.

إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

 Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

ISTIGHFAR

روي هذا الحديث عن عبد الله بن عباس رضي الله عنهما قَال 

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

 ( مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا ، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا ، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ )

 رواه أبو داود

 “Sesiapa yang melazimkan istighfar, Allah menjadikan baginya dari setiap kesempitan kejayaan, dari setiap kesusahan jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” …

 ومن أوفى بعهده من الله

 Dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah???(At-taubah : 111)

Hasbunallah wa ni’mal wakeel

Ni’mal maula wa ni’mannasir…

Indahnya menjadi yang pertama

  ”Wahai rasul utusan Allah, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini”.

Itulah kalimat agung yang menggambarkan hakikat tajarrud(penyerahan total) yang tinggi kepada perjuangan yang diimani.

Ungkapan yang menyebabkan Ruhul Amin bergetar lantas segera naik bertemu dengan   Allah swt,

Jibril bertanya: Ya Allah,tidakkah Kau mendengar kata-kata itu?

Allah menjawab: “Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Aku dengari malah bisikannya juga. Jibril, sampaikanlah  salam Aku kepadanya”

Alangkah hebatnya insan ini hingga Allah sendiri mengirim salam sejahtera kepadanya .Siapakah dia dan apakah  keistimewaannya hingga terpilih untuk mendapat kehormatan sebegini?

Beliaulah wanita pertama,bahkan insan pertama yang meyakinkan pembawa risalah akan kebenaran agama ini. Yang pertama menyatakan kesediaan untuk berkorban dan menyerah segala-galanya semata-mata mempertahankan kebangkitan ajaran suci ini. Beliaulah Khadijah binti Khuwailid, wanita tersohor di zamannya yang mendampingi pembawa risalah untuk umat  zaman ini.

Suka saya nyatakan,tujuan penulisan ini bukanlah sekadar untuk kita mengenang dan menangisi pemergian beliau,bukan juga hanya untuk menceritakan riwayat hidup beliau yang sememangnya sudah di hadam oleh kebanyakan kita,tetapi tujuan penulisan ini ditulis adalah untuk mengajak pembaca

“Mari menjadi yang pertama”

Kerana merupakan yang pertama berimanlah Khadijah merupakan yang pertama menerima khabar gembira  dijamin sebagai ahli syurga serta mendapat penghormatan dan gelaran ummul mukminin,di mana merupakan penghulu seluruh wanita di dunia ini dan di dalam jannatul firdaus nanti

 Diriwayatkan oleh al-Bazzaar dan at-Thabraani daripada Ammar bin Yasir, Rasullulah S.A.W bersabda,

“Khadijah melebihi wanita-wanita umatku sebagaimana Maryam melebihi wanita-wanita seluruh dunia.”

Imam Bukhari juga meriwayatkan kata-kata abu Hurairah bahawa pada satu ketika Malaikat Jibril mendatangi Rasulullah S.A.W. Dia berkata,

“Wahai Rasulullah, Khadijah sudah datang membawa makanan dan minuman. Kalau dia sudah tiba, sampaikan salam kepadanya daripada Allah dan daripadaku, khabarkan kepadanya sebuah istana yang diperbuat daripada intan permata sudah disediakan untuknya.

Kerana yang pertama menyokong dan memberi kekuatan kepada Rasulullahlah Khadijah mendapat tempat yang utuh di dalam hati baginda Rasulullah saw hingga mendatangkan rasa cemburu dalam hati isteri-isteri baginda yang lain

Imam Bukhari  meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata,

“Aku tidak pernah cemburu kepada seorang pun isteri Rasulullah S.A.W seperti cemburuku kepada Khadijah. Dia memang sudah meninggal dunia sebelum baginda mengahwini aku. Tetapi aku cemburu kerana aku mendengar baginda menyebut-nyebutnya, dan baginda diperintahkan oleh Allah supaya memberinya khabar gembira bahawa dia mendapat sebuah istana di syurga, juga kalau baginda menyembelih kambing, baginda menghadiahkan dagingnya kepada teman-teman khadijah.”

 Kerana menjadi yang pertama  terlibat di dalam perjuangan menegakkan alhaq,  ini Khadijah kini tenang di alam barzakh sana,dibawah bayangan nikmat-nikmat syurga di dalam keadaan ganjaran pahala sentiasa mengalir sampai kepadanya kerana amalan-amalan nya,pengorbannanya menjadi contoh ikutan oleh umat ini.

 Diriwayatkan oleh Muslim:

 يقول صلى الله عليه وسلم : (( من سن في الإسلام سنة حسنة كان له أجرها وأجر من عمل بها من بعده لا ينقص ذلك من أجورهم شيئا ومن سن في الإسلام سنة سيئة كان عليه وزرها ووزر من عمل بها من بعده لا ينقص ذلك من أوزارهم شيئا ))

“Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun

[Hadith sahih riwayat Muslim]

Indahnya menjadi yang pertama..

Jesteru itu saya menyeru diri saya dan pembaca sekalian,tiada jual beli yang lebih menguntungkan melainkan kita bersama menjejaki dan mencontohi  mereka yang telah berjaya melalui tempoh ujian dan dugaan dalam memperjuangkan alhaq dan menumpaskan kebatilan .

الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه أولئك الذين هداهم الله و أولئك هم أولو الألباب

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.” (Az-zumar:18)

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui 
Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir  di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga” Adn “. Itulah kemenangan yang besar

Sejarah telah membuktikan, perjuangan ,pengorbanan ,kesusahan ,keperitan dan penderitaan yang dilakukan semata-mata untuk memenangkan agama ini,pasti tidak akan disia-siakan.Dan mereka yang terlibat di peringkat awal merupakan yang paling mendapat keberuntungan didalam perjuangan ini.

لا يَسْتَوِي مِنكُم مَّنْ أَنفَقَ مِن قَبْلِ الْفَتْحِ وَقَاتَلَ أُوْلَئِكَ أَعْظَمُ دَرَجَةً مِّنَ الَّذِينَ أَنفَقُوا مِن بَعْدُ وَقَاتَلُوا وَكُلا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَى وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan. (Al-hadid:10)

 هيا نكون خديجة لهذه الأمة، هيا نكون من الأولين  

Mari menjadi Khadijah untuk ummat ini, Mari menjadi yang pertama!!!

Matlamat itu fitrah

Bismillahirrahmanirrahim

Apalah ertinya ‘handphone’ yang canggih jika pemiliknya tidak tahu mengoptimumkan penggunaanya.Tinggallah ia semata-mata alat untuk membuat panggilan dan menghantar mesej pesanan ringkas sahaja.

Sedangkan ia sudah tentu dilengkapi dengan program-program lain seperti akses internet,planner,kamera,mp3,khidmat lokasi,penggera,lampu dan lain-lain yang pasti diperlukan dalam kehidupan seharian pemiliknya.

Begitulah juga dengan anugerah agung Allah yang dikurniakan kepada manusia: AL QURANUL KARIM

Betapa Allah menghadiahkan kepada kita wahyu teragung ini untuk dijadikan sebagai alat pemandu di dalam kehidupan di dunia agar berjaya sampai dengan selamat ke destinasi yang sebenarnya iaitu “Darul akhirah” (negeri akhirat)

Betapa Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani tidak meninggalkan kita begitu sahaja di dunia ini untuk membiarkan kita melakukan apa yang kita inginkan Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)? (Al qiyamah :36) Bahkan Allah membentangkan segala tujuan dan matlamat manusia dijadikan di muka bumi ini secara terpirinci melalui firmanNya: 1.Ubudiyah(kehambaan) yang sempurna hanya pada Allah Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. 2. Khalifah Allah yang akan memakmurkan muka bumi ini. Melalui firmanNya:

 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. Secara fitrahnya,amat mustahil untuk manusia tidak mempunyai matlamat dalam kehidupan ini. Kerana sesungguhnya matlamatlah yang membezakan seorang manusia dan seekor haiwan Memetik kata-kata syed Qutb ketika beliau mentafsir ayat 36 daripada surah Al Qiyamah: “Faktor yang membezakan manusia dari haiwan ialah kesedaran mereka terhadap wujudnya pertalian zaman,peristiwa-peristiwa dan matlamat- matlamat, juga kesedaran mereka terhadap adanya matlamat dan tujuan dari kwujudan mereka dan kewujudan seluruh alam sekeliling.Semakin subur dan luas pemahamnnya terhadap undang-undang alam dan pertaliannya dengan peristiwa-peristiwa dan benda-benda wujud.”

Dan sesungguhnya segala yang kita lakukan pasti ada matlamat dan tujuan tertentu untuk dicapai, sebagai contoh kita makan untuk menghilangkan lapar,berdiri dan berjalan untuk menghala ke sesuatu arah yang tertentu,duduk untuk menghilangkan keletihan dan lenguh,membuka buku untuk menulis dan sebagainya Jadi ini memberi bukti dan hujah kepada mereka yang menafikan akan wujudnya matlamat tertentu akan tujuan kewujudan manusia di muka bumi.Golongan ini  merasakan kehidupan di dunia ini merupakan suatu pergerakan yang tidak mempunyai sebarang sebab,sebarang matlamat dan sebarang tujuan. Ia tidak lebih dari suatu proses dilahirkan oleh rahim ibu kemudian ditelan oleh kubur,dan diantara masa kelahiran dan kematian ialah masa kegiatan berhibur dan bermain-main,berhias dan berbangga memuaskan nafsu dengan kenikmatan- kenikmatan haiwaniyyah.

Maka amat hina kehidupan mereka di dunia dan amat sengsara pengakhiran mereka di akhirat.

Jesteru itu saya menyeru kepada semua untuk mengingatkan kembali hakikat matlamat kehidupan kita di dunia yang hanya bersifat sementara ini.

Jadikanlah Allah sebagai matlamat .Sesungguhnya hanya dengan menjadikan Allah sebagai penolak dalam setiap amalan  syarat utama untuk teguh, thabat dan tidak mengenal erti putus asa.

Apa tidaknya sesungguhnya Allah itu Al Kabir (Maha Besar)berbanding segala masalah besar yang kkita hadapi

Allah itu Al- Wakil (tempat bergantung) di saat semua manusia berpaling daripada kita

Allah itu Al Mujib (Maha Memperkenankan) yang pasti akan menunaikan segala hajat kita

Allah itu Maha segala-galanya

Maka tidak cukupkah dengan menjadikan hanya Allah sebagai matlamat akhir kita?

Allahu ghayatuna…

Kembalilah menghayati kalam-kalam Allah yang ditujukan khusus untuk kita yang mengandungi segala perincian tentang matlamat kewujudan kita di dunia ini. Hadirkan dan sediakan lah hati kita untuk menerima sentuhan-sentuhan rabbani melalui firman-firmanNya.Jika tidak bacaan dan pendengaran terhadap ayat-ayat suci Al Quran akan tergelincir dari hati pembaca dan pendengarnya sebagaimana tergelincirnya  titisan embun dari batu yang licin.Maka ketika itu Al Quran tidak jadi menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan kepada dirinya.Jika pemilik handphone yang di sebut diatas rugi kerana tidak memanfaatkan kecanggihan telefonnya ,maka lebih rugi manusia yang tidak mengoptimumkan  anugerah Al Quran   yang akan menyelamatkannya daripada hiruk pikuk dunia ini dan membimbing ke jalan yang lurus hungga tiba ke destinasi akhirat yang kekal abadi.

Wallahua3lam

Hello world!

Welcome to WordPress.com. After you read this, you should delete and write your own post, with a new title above. Or hit Add New on the left (of the admin dashboard) to start a fresh post.

Here are some suggestions for your first post.

  1. You can find new ideas for what to blog about by reading the Daily Post.
  2. Add PressThis to your browser. It creates a new blog post for you about any interesting  page you read on the web.
  3. Make some changes to this page, and then hit preview on the right. You can alway preview any post or edit you before you share it to the world.